Ruangan Berbahasa Melayu.
Izinkan beta saya berbicara bahasa Melayu semahunya. Minggu sudah, alhamdulillah berkesempatan menjejak kaki ke Balai Seni Negara. Sudah sekian lama--lapuk sungguh saorang Hanis ni. Melihat hasil seni Leonardo Da Vinci dan lukisan yang terkenalnya iaitu Monalisa.
Ah. Bukan ini yang mahu saya coretkan.
Ah. Bukan ini yang mahu saya coretkan.
Tujuan utama keluar pada kali ini adalah untuk meraikan ulang tahun Zuley yang ke-25. Disambut di Aroi Thai, KL Sentral. Ayam Pandan nya waduhhh enak sekali. Kali pertama kami semua menyambut hari lahir sebab tahun sebelum ni ya lah seorang Hanis ini berkhidmat nun jauh di Selatan. Tahun ni alhamdulillah cukup korum.
Dan kali ni--pertemuan yang berbeza perasaanya. Masing-masing meluah gundah gulana, warna-warni sekitar kehidupan bekerja.
Saat mendengar, kepala aku turut mengatakan, ya, kami sudah tiba di fasa itu. Fasa bekerja. Fasa menyuai diri dengan komitmen dan mehnah di tempat kerja.
Kalau dulu, topik merepek. Sekarang topik lebih dewasa. Selama dua tahun lebih ini kita berkongsi pelbagai kisah dan ragam sesama kita--termasuklah si Nina Ninet ini suka hon sewaktu hantar Zuley di blok mahallah saja nak buat malu kawan. Dan Zuley yang semakin arif aku kira mengenai hal perempuan, ya lah masakan tidak punya kami berempat 😂
Nina Ninet--cuai zaman belajar. Sekarang lebih matang. Mungkin seiring usia. Pengalaman cermin kereta hang jadi senget entah macam mana jadi tu masih jelas dalam ingatan haahahahahaa.
Kelly--garangnya semakin kurang.. Tapi orang kata orang garang ni penyayang. Betullah tu. Apa khabar si Ali ya? Coppp. Ali ni sugarglider beliau. Aip sini bukan ruangan gossip. Antara mereka, ini lah yang sering berbual kosong dengan aku di hadapan cafe mahallah, waktu malam bersama aiskrim 😆 Benar, Zuley gemar mengusiknya garang. Tapi aku kira, dia sangat caring namun berlapis susun garang. Dalam dia berleter tentang kakak dan adik2 nya, aku tahu itu leteran berbaur sayang.
Terima kasih sebab sejenis ajak on je. Termasuk ada sekali tu kita pi Masjid Uia di Subuh hari dan berjalan kaki daripada mahallah. Kadang kala kita mendengar tazkirah di Masjid
--sekali bersama si Ninet.. Ya lah, kalau ikut pemakaian dan tutur kata aku ni fuhh tobat lahum orang nak percaya aku buat benda2 macam ni.
Apapun, kita buat je baik. Tak kisah la pemakaian kita macam mana kan.. Sebab kita tak tahu mana amal ikhlas kita diterima Allah.
Nina Rina--sejenis cepat masuk air. Sejenis pendengar yang setia. Jarang meletus tapi sekali dia meletus... Fuhhhh..
Zuley--setenang tenang manusia. Macam air yang beku--tak berkocak. Taktau lah dia ni sejenis terlebih fikir ke banyak banyak berangan ke terlebih perasaan... Maaf Zuley, jangan marah! Kekal ya menjadi tenang. Moga Allah mudahkan urusan hang.
Apapun. Setiap dari kalian, ada kisah istimewanya dalam hidup aku.
Sebagaimana Rina dan Kelly pernah berusaha mengangkut aku pulang sebab dysmonerrhea yang teruk..
Sebagaimana Nina dan Kelly memapah aku balik klinik lepas kaki kejung sebab kena inject tahan sakit..
Sebagaimana Zuley sentiasa tabah dengan semua wanita bekerjaya ni.
Post ini adalah suatu penghargaan. Walaupun begitu merinding bulu mata kalian membaca ini, izinkanlah aku. 😆
Terima kasih, sebab banyak ada untuk aku.. Tenangkan aku disaat jalur-jalur perpisahan aku dengan si mantan--tragedi hilang cincin kalau lah kalian masih ingat.
Tenangkan aku disaat ya--putus itu suatu keputusan.
Kalau nak dikira masa belajar dulu banyak sangat. Terima kasih diatas moment2 bertapa di lab, makan tengahari jam 4, naik bas rapid kl ke mana sebab membawa hati dengan markah lab report, nasi kukus ruqayyah--terlalu banyak untuk aku tuliskan disini.
P/s: perenggan terbaharu ni tiada kewujudan Zuley.
Tiada kata seindah bicara. Tiada aksara mampu mempamer rasa bersyukur aku dianugerahkan kalian.
Semoga tiap apa yang berlaku, kita akan ada untuk setiap daripada kita.
Walaupun tulisan ni menggelikan, tapi ketahuilah. Saatnya satu hari nanti aku dah tiada, paling tidak ada lah kan tulisan manis yang aku tinggalkan. Semoga ingatan kalian tentang seorang Hanis ini tetap manis walau aku dah takde.
Tetiba makin basah pulak mata ni. Maaflah mata berpeluh pulak.
Till next time.
Happy birthday, Zuley.
X,
Skidi pup pup.




Comments
Post a Comment